Saturday, January 1, 2011

Mustajab Doa Ibu untuk Anaknya

Rasululloh sollallohu 'alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim,kisah seorang lelaki,Juraij yang begitu kuat beribadah kepada Alloh. Hari-harinya diisi dengan sholat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk sholat (pondok kecil yg agak tinggi tempatnya).

Pada suatu hari, ibunya datang mengunjunginya. Sambil mendongakkan kepala, sang Ibu memanggil anaknya : "Juraij,saya ibumu,berbicaralah denganku!".

Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya : "Ya Alloh, saya utamakan sholatku atau ibuku?"

Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.

Esoknya Ibunya datang dan memanggil anaknya lagi tetapi Juraij tidak mengindahkan dan terus beribadah.

Ibunya pulang kerumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa : "Ya Alloh, Juraij itu adalah anakku, aku mau berbicara dengannya tapi dia menolak berbicara denganku. Ya Alloh, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur>"

Ada gembala kambing yang senantiasa menggembala kambingnya di sekitar pondok Juraij. Gembala kambing itu terpikat dengan "Bunga Desa" yang cantik. Mereka merajut asmara sampai akhirnya wanita tersebut hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.

Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita itu sekedar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah.Juraij keluar keheranan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya : "Di manakah bayi itu?".

Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata : "Tinggalkan aku untuk Sholat dan berdoa".

Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya : "Wahai bayi,siapakah bapakmu?"

Dengan izin Alloh, bayi itu menjawab : "Bapakku adalah gembala kambing di kampung ini."

Penduduk kampung terkejut dan malu karena merobohkan pondok Juraij dan tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menolak dan meminta pondok seperti asalnya.

Rasululloh menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang Ibu, apalagi telah di sakiti anaknya.

No comments:

Post a Comment